Maksud Ku

kita tidak bisa membaca pemikiran seseorang. inilah isi nurani minda ku...





Runsing

Saturday, November 25, 2006
Kadangkalanya aku runsing. Kepala ku berpusing. Kerana setahu ku kita telah lama masuk ke dalam abad ke 21. Teknologi canggih semakin canggih. Ilmu yang diterokai makin mendalam, semakin teliti.

Kalau 20 tahun lalu keretapi mempunyai had kelajuan 120km/sj, kini ianya bisa mengelungsur seperti pesawat jet Concorde.

Dahulu planet Pluto disahkan sebagai badan terakhir di sistem solar kita tapi kini kesahannya dipertikaikan.

Di planet Marikh pula, kenderaan automatis telah mula menyelidiki bumi yang dipijaknya.

Tapi mengapakah kaum Melayu ku seperti masih hidup dalam abad ke 12.

Mengapakah kaum ku masih dibelenggu logika dan falsafah kampung?

Mengapakah kaum ku masih di belentara kekunoan?

Terikat dan digari oleh kisah-kisah lampau. Dimana darah telah tertumpah dan kehidupan manusia telah terhilang.

Kaum ku sekarang dilanda ketakutan. Takut hilang budayanya. Takut teman-teman seagamanya menjadi pengikut Nasrani, penganut Buddha dan Hindu atau mungkin langsung tak beragama.

Aku tertawa bukan kerana lucu tapi kerana melihat anehnya kelakuan manusia.

Dalam bidang ekonomi, kelakuan ini diklasifikasi sebagai bersifat ‘protectionist’. Pendek kata ibarat penyu yang ketakutan, menyembunyikan kepala, kaki, dan ekornya.

Ini bermakna penyakit yang kaum ku hidapi adalah penyakit ‘kurang harga diri’. Tidak konfiden menghadapi rintangan-rintangan di zaman modern ini. Rasa kaum ku tidak punya keupayaan, tidak percaya akan keupayaan dirinya sendiri.

Itulah penyakit kaum ku. Itulah puncanya sedih hati ku.

Untuk mengabui belenggu ini, mereka berpidato, bersyarah tentang pentingnya hak-hak mereka wajib dipertahankan.

Ku tertawa lagi. Lucu amat kaum ku ini tapi runsing ku dibuatnya.

Di Setiap Sudut Kota

Saturday, October 28, 2006
Pernah ku ujar ku cintakan mu
Pernah ku tutur ku rindukan mu
ku akui ku damba sentuhan mu
ku lafaz ku dahaga akan kasih mu

kini ku kata tak cinta lagi
kini ku bicara tak rindu lagi
ku akui tak damba sentuh mu
ku lafaz tak dahaga akan kasih mu

Tapi tak berupaya
Tapi tak mampu ku

fakulti mana harus ku patuh
bijak minda atau gelora rasa
Bisa ianya hurai risau ku
Bisa ku menggila memikirkannya

Tapi tak berupaya
Tapi tak mampu ku
Tiap sudut kota ini
Tiap pinggir jelma wajah mu

kini akui ku damba sentuhan mu
kini lafaz ku dahaga akan kasih mu

kerna tak berupaya
kerna tak mampu ku
Tiap sudut kota ini
Tiap pinggir jelma wajah mu

Selamat Hari Raya Idulfitri

Sempena bulan Syawal ini aku mengeluarkan tutur Selamat Hari Raya Idulfitri Minal Aidil Faidzin kepada semua pelusuk manusia dunia ini tidak kira apa jua agamanya.

Aku juga menyusun jariku sambil mohon maaf lahir dan batin. Aku berharap kesalahan dan kesilapan ku selama ini di maafkan.

Semoga Tuhan merahmati mereka yang bersifat pengampun.

Kita Semua Sama

Wednesday, October 18, 2006
Bertahun telah ku berjalan
Dari Negara ke Negara
Ku banding di sini dan sana
Tiada beda kecuali bahasa

Tapi itu hanya tutur bicara
Mungkin juga kulit dan warna
Seperti orang-orang kita
mereka punya hati dan citarasa

Ku sadar bahawa
kita semua sama
Punya mulut, hidung, dan mata
Kenapa kita bergolak
Luaskan pandangan
fikirkan yang sejagat

hidup ku sekian lama
Tak sedetik pun ku tersangka
Luhur manusia pada kejahatan
Walau apa jua agamanya

Tidakkah cukup pancaroba
Tidakkah cukup derita
Tanpa hasrat dengki manusia
Tanpa ini semua sengsara

Ahmad Dhani di Amerika Serikat

Sunday, October 15, 2006

Hentikan Air Mata Mu

Hentikan
Leleh air
Mata di pipi
Mu yang gebu itu

Jangan kau
bersedih hati
ingat saja yang bahagia

walau kita takkan bertemu
takkan bersua atau berjumpa

hentikan
rasa pilu
ganti saja yang indah

yang indah
yang pasti
dalam hati
adalah cinta

akan ku memegangnya
menggenggam itu yang abadi

kasih
takkan luput dimakan masa
takkan hilang begitu saja
takkan lenyap walau sejenak
takkan ghaib meski seketika

O Kasih
berjedalah
tangisan mu
Usap linangan itu

Ingat saja
waktu kita bersama
Tak usah kita berduka

wajar kau memegangnya
menggeggam itu yang hakiki

pertemuan

Thursday, September 21, 2006
kelmarin malam aku bertemu dengan teman ku Saddiq.

kita telah bersembang ngobrol smabil menyapa. berbual dari yang remeh-temeh hingga ke politik dan akedemik.

teori-teori telah kita bincangkan. pendapat-pendapat subversif telah kita bentangkan.

segala macam ubat buat penyakit sosial telah kita ujarkan.

aku mengeluarkan segala isi hati, rahsia-rahsia dan masalah-masalah yang telah lama bersarang di kepala otakku. sementara dia juga menceritakan sedih gembira kehidupan selama ini.

adakalanya kita berasa bangga tapi adakalanya berasa hampa.

namun rata-rata kita rasa amat kerdil kereana tidak bisa berbuat apa-apa untuk menyelsaikan atau mencari solusi kepada masalah-masalah sulit di dunia ini.

hari berakhir dengan salakkan anjing-anjing liar.

Silap dan Salah

Sunday, September 03, 2006
manusia tidak lari dari silap dan salah.

aku contoh yang terbaik buat perkara ini.

kenapa?

kerana aku pembohong. aku telah berbohong kepada orang yang aku sayang dan cinta.

aku telah berbohong kerana aku tidak mahu kehilangan cinta itu. kerana aku kehausan kasih sayang dan cinta hakiki.

sememangnya aku bukan manusia yang tidak bermoral. semua manusia bukan begitu. tetapi pada kita mengejar kehendak kita, kita sering lupa dan alpa akan batas-batas sosial dan kemanusiaan.

waktu itu cinta sering datang dan pergi. tapi cinta-cinta ku tidak berasaskan kasih sayang. ianya merupakan cinta kepuasan nafsu. cinta yang mementingkan diri sendiri.

dalam kegolakkan kepalsuan itu, aku dipertemukan seorang wanita yg terbaik. yang sememangnya aku ditakdirkan untuk jatuh cinta supaya aku di ajari mengenai kasih sayang hakiki.

namun, kerana aku takut cinta itu ditarik balik aku tetap berbohong dengannya selama 2 tahun.

walaupun keadaan aman selama itu, keamanan itu meleset kebelakangan ini.

dusta-dusta ku terlurai bongkar.

kini sayang cinta ku dingin hati. gembiranya hati waktu bergayut di telfon berkata-kata dengannya menjadi pengalaman pahit.

sekarang, terkapai-kapai tingkah laku ku mencari penyelesaian. walaubagaimanapun, aku masih tidak bisa mencari huraiannya. aku masih meraba-raba di dalam kegelapan.