Maksud Ku

kita tidak bisa membaca pemikiran seseorang. inilah isi nurani minda ku...





Runsing

Kadangkalanya aku runsing. Kepala ku berpusing. Kerana setahu ku kita telah lama masuk ke dalam abad ke 21. Teknologi canggih semakin canggih. Ilmu yang diterokai makin mendalam, semakin teliti.

Kalau 20 tahun lalu keretapi mempunyai had kelajuan 120km/sj, kini ianya bisa mengelungsur seperti pesawat jet Concorde.

Dahulu planet Pluto disahkan sebagai badan terakhir di sistem solar kita tapi kini kesahannya dipertikaikan.

Di planet Marikh pula, kenderaan automatis telah mula menyelidiki bumi yang dipijaknya.

Tapi mengapakah kaum Melayu ku seperti masih hidup dalam abad ke 12.

Mengapakah kaum ku masih dibelenggu logika dan falsafah kampung?

Mengapakah kaum ku masih di belentara kekunoan?

Terikat dan digari oleh kisah-kisah lampau. Dimana darah telah tertumpah dan kehidupan manusia telah terhilang.

Kaum ku sekarang dilanda ketakutan. Takut hilang budayanya. Takut teman-teman seagamanya menjadi pengikut Nasrani, penganut Buddha dan Hindu atau mungkin langsung tak beragama.

Aku tertawa bukan kerana lucu tapi kerana melihat anehnya kelakuan manusia.

Dalam bidang ekonomi, kelakuan ini diklasifikasi sebagai bersifat ‘protectionist’. Pendek kata ibarat penyu yang ketakutan, menyembunyikan kepala, kaki, dan ekornya.

Ini bermakna penyakit yang kaum ku hidapi adalah penyakit ‘kurang harga diri’. Tidak konfiden menghadapi rintangan-rintangan di zaman modern ini. Rasa kaum ku tidak punya keupayaan, tidak percaya akan keupayaan dirinya sendiri.

Itulah penyakit kaum ku. Itulah puncanya sedih hati ku.

Untuk mengabui belenggu ini, mereka berpidato, bersyarah tentang pentingnya hak-hak mereka wajib dipertahankan.

Ku tertawa lagi. Lucu amat kaum ku ini tapi runsing ku dibuatnya.
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »